Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Pegawai Kaunseling KKM Berperanan Bantu Mencegah Tingkah Laku Bunuh Diri

By 12 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parimala Devi Suppiah/Hafiezuddin

JELEBU, 12 Sep (Malaysiaaktif) – Unit Penyakit Tidak Berjangkit (NCD), Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu telah menganjurkan Sambutan Hari Pencegahan Bunuh Diri dan Bulan Kaunseling 2024 di Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM).

Pemenang Pertandingan Sudut Minda Sihat – Klinik Kesihatan FELDA Titi.

“Kaunselor atau Pegawai Kaunseling dalam Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memainkan peranan penting demi mencegah tingkah laku bunuh di Malaysia di mana mereka mampu mengubah kadar kematian akibat bunuh diri menurun,” katanya.

Pegawai Daerah Jelebu Abdul Rahim Abdul Aziz, berkata demikian ketika menyempurnakan majlis perasmian penutup sambutan tersebut, di sini semalam.

Menurutnya, Persatuan Antarabangsa Pencegahan Bunuh Diri (IASP) dan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menetapkan 10 September setiap tahun sebagai Hari Pencegahan Bunuh Diri bertujuan meningkatkan kesedaran tentang isu bunuh diri dan menyediakan maklumat serta sokongan dalam usaha mencegahnya.

Gambar kenangan bersama peserta.

Pakar Perubatan Keluarga Klinik Kesihatan Pertang Dr. Norhazura Hamdan ketika memberikan ceramah, berharap masyarakat sekeliling terutamanya keluarga dan rakan-rakan perlu memerhati tanda-tanda awal kemurungan yang membawa kepada tingkah laku bunuh diri seperti perubahan tingkah laku dan emosi individu yang mempunyai risiko bunuh diri.

Sempena sambutan ini juga, turut diadakan Pertandingan Sudut Minda Sihat antara Klinik-Klinik Kesihatan di bawah Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda