
Laporan/foto: Intan Saziana/Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands
CAMERON HIGHLANDS, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands merangkul gelaran juara keseluruhan pertandingan perbarisan Hari Kebangsaan Ke-67 Peringkat Daerah Cameron Highlands, di sini semalam.

kotinjen Pejabat Pendidikan Daerah Cameron Highlands pemilik piala pusingan kali ini.
Menurut Timbalan Pegawai Pendidikan Daearah Cameron Highlands Badrul Hisham Mohd Tahir persiapan bagi pertandingan ini dilaksanakan dengan terancang oleh guru-guru yang terlibat sebelum menjelang Hari Kebangsaan, pada hari ini (Sabtu).
“Terima kasih diucapkan kepada Pegawai Pendidika Daerah, Puan Zairish Zakaria yang telah memberi idea dan sokongan yang padu kepada pasukan kami.

Pelbagai aktiviti sampingan menarik di Padang Awam Majlis Daerah Cameron Highlands.
“Kami sangat bertuah kerana terpililh menjadi pemenang keseluruhan dan mendapat piala pusingan sebagai pemangkin semangat pasukan kami untuk melakukan yang terbaik lagi pada Hari Kebangsaan yang akan datang,” ujarnya.
Menurutnya lagi, sebagai pendidik kami perlu menjadi contoh yang terbaik kepada murid sekolah di sekitar Daerah Cameron Highlands ini dengan menunjukkan semangat kemerdekaan dan cintakan negara melalui pertandingan seperti ini.
-ZS-