Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanLabuan

Penerima PPR Batu Arang Bersyukur Dapat Rumah Sendiri

By 18 September 2024September 29th, 2024Tiada komen3 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)

LABUAN, 18 Sep (Malaysiaaktif) – Para penerima rumah Program Residensi Rakyat (PRR) Batu Arang di sini menzahirkan rasa syukur dengan kemudahan yang disediakan kerajaan.

Seorang pesara Jabatan Laut Malaysia Zulkeflee Abdullah, 66, meluahkan rasa syukurnya dapat tinggal di rumah sendiri.

Zulkeflee Abdullah.

“Saya amat gembira dan bersyukur dipilih sebagai penerima rumah PPR kerana sebelum ini saya tinggal bersama keluarga dan selepas ini saya boleh tinggal di rumah sendiri bersama anak saya,” katanya.

Bagi Chan Che Kong, 63, juga merasa gembira apabila berjaya dipilih untuk menerima rumah PPR.

“Saya mencuba nasib dan memohon PPR ini di Perbadanan Labuan, apabila mendapat tahu permohonan berjaya saya sangat gembira kerana selepas ini dapat tinggal bersama keluarga di rumah baharu.

“Terima kasih kepada kerajaan kerana menyediakan PPR dan saya amat menyokong inisiatif ini untuk membantu rakyat yang tiada rumah sendiri,” katanya yang sebelum ini menyewa rumah di tempat lain.

Seorang ibu kepada dua orang anak Azra Azura Hussein, 30, turut merakamkan penghargaan kepada kerajaan kerana memberi peluang kepada keluarganya tinggal di rumah PPR.

“Sebelum ini kami sekeluarga tinggal bersama ibu bapa dan saya bersyukur serta berterima kasih kepada kerajaan yang memberi peluang kepada kami merasai kemudahan PPR,” jelasnya.

Sementara itu, Timbalan Menteri Perumahan Dan Kerajaan Tempatan Datuk Aiman Athirah Sabu, berkata PRR Batu Arang merupakan kerjasama di antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di dalam usaha menyediakan kediaman yang selesa dan mampu milik kepada rakyat.

Aiman Athirah (duduk dua dari kiri) semasa meninjau sendiri keadaan dalam rumah PPR Batu Arang.

“Sehingga kini secara relatif, Kementerian Perumahan Dan Kerajaan Tempatan KPKT telah berjaya menyiapkan projek PRR yang pertama di Labuan dan seterusnya disusuli dengan pembangunan Projek Perumahan Penjawat Awam (PPAM) di tapak yang berdekatan pada masa hadapan insya-Allah.

“Pembinaan PRR merupakan antara fokus Kerajaan MADANI di dalam memastikan aspek ketersediaan perumahan rakyat dipenuhi khususnya bagi manfaat golongan B40,” katanya semasa berucap pada Program Sentuhan Kasih KPKT 2024: Majlis Penyerahan Kunci Program Residensi Rakyat (PRR) Batu Arang, di sini semalam.

PRR Batu Arang mempunyai 500 unit rumah pangsa meliputi kawasan seluas 7.96 ekar bernilai RM119 juta dengan menyediakan kemudahan lain seperti dewan komuniti, tadika, taska, kedai, gerai, surau, taman permainan kanak-kanak dan siap dibina pada 14 Ogos lalu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda