Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanNegeri Sembilan

Penjagaan Kesihatan Perlu Dipupuk dari Usia Kanak-kanak

By 26 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Parimala Devi Suppiah/Hafiezuddin Ghazazi

JELEBU, 26 Sep (Malaysiaaktif) – Sebanyak 10 buah sekolah rendah daerah Jelebu telah mengambil bahagian dalam Program Kembara Bulan Malaysia Sihat Sejahtera dan HePiLI (Health Promotion in Learning Institution) Peringkat Daerah Jelebu anjuran Pejabat Kesihatan Daerah Jelebu yang berlangsung Sekolah Kebangsaan Teriang, semalam.

Reruai pemeriksaan kesihatan percuma turut dibuka.

Program diadakan bertujuan memberikan pendidikan penjagaan kesihatan kendiri kepada murid-murid sekolah selain menyuburkan potensi murid dalam aspek perkembangan jasmani, emosi, rohani dan intelek serta menguasai kemahiran di luar bilik darjah selari dengan Falsafah Pendidikan Negera.

“Negara kita sedang berdepan dengan masalah penyakit tidak berjangkit (non-communicable diseases) di mana ramai rakyat Malaysia yang menghidapi penyakit jantung, darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi dan kanser.

“Selain daripada faktor genetik, punca utama penyakit ini ialah pengamalan gaya hidup tidak sihat seperti merokok, pengambilan alkohol, pengambilan makanan tidak seimbang serta mengandungi banyak gula dan garam, tidak aktif secara fizikal dan obesiti,” kata Setiausaha Politik Ahli Dewan Undangan Negeri Chennah Allen Ng.

Persembahan koir oleh pelajar-pelajar sekolah.

Tambah beliau lagi, pelbagai usaha dilakukan oleh kerajaan untuk memastikan rakyat Malaysia hidup sihat sejahtera.

“Kerajaan Malaysia MADANI pada hari ini sangat serius dan konsisten membendung penyakit tidak berjangkit menerusi perundangan, program-program kecergasan fizikal, aktiviti-aktiviti promosi kesihatan, pemeriksaan kesihatan di lapangan dan Klinik-Klinik Kesihatan dan baru-baru ini YAB (Yang Amat Berhormat) Perdana Menteri telah mengiytiharkan kempen Perang Terhadap Gula,” katanya.

Pelbagai pertandingan dan acara promosi kesihatan yang menarik turut diadakan seperti pertandingan digital kesihatan, penerokaan, dan lain-lain lagi.

-ZS-

 

Tinggalkan komen anda