
Laporan/foto: Suriani Ghazali/Siti Nor Farhana (Batang Padang)
TAPAH, 15 Sep (Malaysiaaktif) – Sekurang-kurangnya 150 pelajar dan guru serta jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Kebangsaan (SK) Tapah meraikan Penutup Sambutan Bulan Kebangsaan 2024, di sini kelmarin.

Nor Zilawati ketika berucap.
Majlis yang dimulakan dengan tayangan video ‘Detik Kemerdekaan’ itu bertambah menarik dengan gimik melepaskan tiga ekor burung yang menjadi simbolik kepada pembebasan negara dari penjajah.
Guru besar Tuan Mohd Zamri Tuan Sulaiman, berkata sambutan ini diadakan pada setiap tahun sebagai aktiviti sekolah tersebut dalam memeriahkan sambutan Bulan Kebangsaan.
“Pelbagai aktiviti turut diadakan seperti kuiz kenegaraan, peragaan pakaian bertemakan kemerdekaan, pertandingan menghias kelas dan pertandingan nyanyian lagu patriotik.

Nor Zilawati ketika berucap.
Sementara itu, Pegawai Perpaduan Daerah Nor Zilawati Mohamed Syarief berbangga kerana usaha yang dilakukan oleh pihak sekolah mampu mewujudkan semangat patriotik yang tinggi dalam kalangan pelajar sekolah rendah seawal usia lima tahun.
“Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya,” ujarnya ketika berucap merasmikan majlis.
-ZS-