
Laporan/foto: Marina Idris/Syahirah Hashim (Petaling)
SUBANG JAYA, 1 Sep (Malaysiaaktif) – Perarakan 20 buah kereta klasik jadi tarikan utama sambutan Hari Kebangsaan ke-67 bagi Komuniti MADANI Subang Jaya 3.

Antara kereta klasik yang menjadi tarikan utama kepada penduduk.
Menurut Ketua Kelab Kereta Retro Mike, Michael Sundram, 80, penyertaan kereta klasik ini merupakan acara tahunan dan diteruskan kerana mendapat sambutan daripada penduduk setempat.
“Acara ini juga dilihat boleh menarik penduduk daripada pelbagai bangsa dan umur untuk berkumpul menyambut hari kebangsaan bersama-sama.
“Kanak-kanak melayu, cina dan india daripada beberapa rumah kebajikan sangat teruja dengan acara ini dan secara tidak langsung menjadi platform perpaduan antara kaum,” jelasnya semasa ditemui pada Program Jiwa Komuniti Madani@Merdeka, di sini semalam.

Wong Chen, Ahli Perlimen Subang berucap merasmikan Program Jiwa Komuniti Madani@Merdeka, Komuniti Madani Subang Jaya 3.
Beliau yang juga ahli jawatankuasa Komuniti MADANI Subang Jaya 3, berkata program yang boleh menggalakkan interaksi kaum dan perpaduan harus dipergiatkan.
“Kita mahu semua orang mempunyai kenalan pelbagai bangsa kerana itulah kekuatan dan keunikan Malaysia,” jelasnya.
-ZS-