
Laporan/foto: Mohammad Rasuli (Bagan Datuk)
RUNGKUP, 3 Sep (Malaysiaaktif) – Lebih 500 peserta rata-rata pencinta puisi hadir ke Perkampungan Puisi Insaniah anjuran Kolej Pengajian Tinggi Islam (KPTI) Al-Insaniah Malaysia di Kompleks Pelancongan Bagan Datuk, di sini pada Ahad.

Zahir bersama Mohd Hisham (kanan) ketika melancarkan antologi puisi insaniah dan penulisan anekdot kreatif bertajuk ‘Karomah’.
Menurut Pengasas KPTI Al-Insaniah Malaysia Dr. Mohd Hisham Surgi, pelbagai aktiviti telah diadakan antaranya deklamasi sajak, persembahan nyanyian dan pameran barangan antik.
“Pada masa yang sama, peserta diajak untuk kembali mengenali warisan seni dan budaya yang menjadi identiti kepada masyarakat Melayu sejak sekian lama.
“Mereka turut dihiburkan dengan persembahan jemputan khas daripada tokoh sasterawan Datuk Che Shamsudin Othman (Dinsman), Ferri Anugerah Makmur dan Herman Tino,” katanya.

Persembahan memukau daripada Herman Tino.
Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah (KKDW) Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memuji usaha penganjur dalam mendidik peserta belajar mengenali kesenian bangsa.
“Ini kerana puisi merupakan warisan budaya bangsa yang perlu dipelihara agar kekal releven dalam perkembangan arus semasa,” ujarnya ketika merasmikan program.
Beliau turut melancarkan antologi puisi insaniah dan penulisan anekdot kreatif yang bertajuk ‘Karomah’.
-ZS-