Skip to main content
Berita SelatanBerita TempatanNegeri Sembilan

Pesta Tanglung Disambut Meriah Komuniti Rahang

By 9 September 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Siti Hajar Kamis/Sharifuddin Saedin

SEREMBAN, 9 Sep (Malaysiaaktif) – Sambutan Pesta Tanglung di Pusat Khidmat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rahang, di sini semalam meriah dengan penglibatan seramai 300 orang pengunjung yang terdiri daripada pelbagai kaum.

Chaa Kee Chin bersama komuniti yang hadir.

Menurut Ahli Majlis, Majlis Bandaraya Seremban Lee Kai Yet, pesta tanglung ini diraikan masyarakat Tiong Hua setiap tahun untuk memperingati pemberontakan warga China menentang pemerintah Dinasti Yuan pada abad ke-14.

“Setiap tahun kami mengambil kesempatan menghimpunkan penduduk sekitar kawasan rahang dari pelbagai jenis kaum bagi meraikan sambutan ini.

“Terdapat 10 buah replika singa dan pelbagai persembahan menarik telah disediakan khusus bagi komuniti yang hadir,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Rasah Cha Kee Chin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda