Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurKelantan

Pesta Tanglung Erat Perpaduan Kaum

By 23 September 2024September 29th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Norhayati Shamsu Anuar/Mohamad Zulfikri Hadzari

GUA MUSANG, 23 Sep (Malaysiaaktif) – Pesta Tanglung Peringkat Negeri Kelantan telah disambut meriah dengan kehadiran masyarakat berbilang kaum di Kampung Baru Pulai, di sini semalam.

Sesi bergambar bersama peserta persembahan tarian.

Pengerusi Pergerakan Pemuda Malaysia (YMM) Cawangan Pulai Kam Zhi Ying, 32, berkata Pesta Tanglung merupakan keunikan budaya kerana penglibatan pelbagai kaum dan generasi dalam aktiviti yang diadakan.

“Saya yakin dengan adanya program seperti ini dapat mengeratkan perpaduan dikalangan semua lapisan masyarakat,” katanya.

Dalam ucapan perasmian, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Galas Haji Syahbudin Hashim,  berkata program tersebut diadakan setiap tahun menjelang setiap musim perayaan Tahun Baru Cina.

Demonstrasi membuat kek bulan.

“Tanglung dihasilkan dengan menarik menggunakan bahan terbuang dan bukan hanya mempunyai unsur berkaitan masyarakat Tionghoa di Malaysia tapi diselitkan dengan elemen keunikan negara ini yang mempunyai pelbagai kaum”, katanya.

Pelbagai aktiviti diadakan seperti demonstrasi membuat kuih bulan, pertandingan parom, pertandingan tanglung, pertandingan mewarna dan persembahan tarian singa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda