
Laporan/foto: Muhammad Zarul Afify
JASIN 10 Sep (Malaysiaaktif) – Program Community Policing Ketua Menteri Melaka Abd Rauf Yusoh bersama warga Polis Diraja Malaysia (PDRM) Ibu Pejabat Polis (IPD) Jasin telah berlangsung di Dewan Pengaman IPD Jasin, semalam.

Ucapan Ketua Menteri Melaka.
Menurut Ketua Menteri Melaka, program yang dianjurkan menjadi bukti kerjasama erat Kerajaan Negeri Melaka bersama PDRM Melaka dijamin bagi terus diperkukuhkan demi keselamatan serta kesejahteraan rakyat.
“Saya yakin, program ini mempunyai matlamat dan hala tuju yang jelas iaitu mendidik masyarakat untuk menjadi mara dan telinga kepada pihak polis bagi menyalurkan maklumat berkaitan jenayah dan kepentingan awam sekali gus mewujudkan satu sistem kawalan yang mantap untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat di daerah Jasin,” ujarnya.

Persembahan oleh PDRM.
Abd Rauf turut menyampaikan sumbangan khas kepada pelajar cemerlang, balu dan anggota yang mengalami masalah kesihatan.
-ZS-