
Laporan/foto: Muhammad Faris (Jasin)/Facebook MPJ
JASIN, 25 Sep (Malaysiaaktif) – Program Gotong-Royong Perdana sempena World Clean Up Day bersama Ahli Majlis Perbandaran Jasin, SWCorp Daerah Jasin, Institut Kemahiran MARA Jasin, Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Pejabat Kesihatan Daerah Jasin dan Pusat Koreksional Jasin yang diadakan di sekitar Taman Muhibbah Jasin, semalam.

Sampah yang telah dikumpul oleh perserta.
Menurut Setiausaha Majlis Perbandaran Jasin Muhammad Zahiruddin, program bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat dan komuniti di setiap peringkat mengenai kepentingan dan tanggungjawab terhadap kebersihan di tempat awam.
“Program ini, menerapkan semangat kerjasama, sikap bertanggungjawab dan dapat mengeratkan hubungan antara Pihak Berkuasa Tempatan dengan penduduk setempat sekaligus membantu mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang sejahtera.

Sampah yang telah dikumpul oleh perserta.
“Program ini dapat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa tanggungjawab pembersihan dan keceriaan tidak bergantung kepada pihak tertentu sahaja,” ujarnya.
-ZS-