
Laporan/foto: Ahmad Yaacob (Sabak Bernam)
SABAK BERNAM, 8 Sep (Malaysiaaktif) – Program Jiwa Komuniti Madani peringkat Parlimen Sabak Bernam yang berlangsung semalam di Parit 6 Timur, Sungai Besar meriah dengan penyertaan pelbagai kaum.
Program yang bertemakan sambutan Hari Kebangsaan 2024 Malaysia Madani, Jiwa Merdeka ini menarik minat masyarakat setempat seterusnya mencerminkan perpaduan kaum.

Adik Dinesh Nagarajan antara pemenang pertandingan pakaian cantik Program Jiwa Komuniti Madani@Parlimen Sabak Bernam.
Penyelaras Parlimen Sabak Mustain Othman, meluahkan keterujaan terhadap penyertaan semua kaum dalam acara ini.
“Kehadiran pelbagai kaum dalam program ini menunjukkan semangat perpaduan dan kerjasama yang erat masyarakat setempat.
Antara aktiviti yang diadakan pertandingan pakaian cantik, saringan kesihatan, khidmat farmasi serta pameran daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK).

Pertandingan memancing program Jiwa Komuniti Madani@Parlimen Sabak Bernam.
Selain itu, pertandingan memancing turut berlangsung menarik minat pelbagai peringkat umur dengan penyertaan warga emas yang bersemangat memancing walaupun dalam cuaca panas.
Program berkonsepkan mini karnival ini berjaya menarik kehadiran lebih 600 penduduk setempat seterusnya memupuk semangat perpaduan.
-ZS-