
Laporan/foto: Muhammad Hafizul Mohd Adzhari
ALOR GAJAH, 29 Sep (MalaysiaAktif) – Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aisyah Hospital Pakar Kanak-Kanak (HPKK) Universiti Kebangsaan Malaysia telah mengadakan Program Kesihatan dan Kesedaran Kanser Kanak-Kanak, semalam, dalam memupuk kesedaran kepada semua ibu bapa agar tahap kesihatan kanak-kanak bermula dari kecil.

Sesi kaunseling diet seimbang
Menurut Pengerusi Program Kesihatan dan Kesedaran Kanser Kanak-Kanak, Profesor Madya Dr. Farinawati Yazid, ibu bapa perlu peka kepada perkembangan kesihatan anak-anak sejak dari kecil supaya mereka dapat membesar dengan sihat.
“Ramai di kalangan ibu bapa ketika ini mengambil mudah dalam menjaga kesihatan anak-anak di awal usia,” ujarnya.

Fairul Nizam melawat ke tapak pameran
Selain itu, EXCO Kerajaan Negeri Melaka Datuk Fairul Nizam Roslan turut hadir dalam merasmikan Program Kesihatan & Kesedaran Kanser Kanak-Kanak yang berlangsung di Dewan Terbuka Taman Samarinda, Alor Gajah.
Turut diadakan sesi ceramah kesihatan, sesi kaunseling diet seimbang, pendidikan ubat-ubatan, saringan pergigian, saringan kesihatan kanak-kanak dan dewasa serta pertandingan mewarna.
-AA-