Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Program Kimia ke Desa Dekati Masyarakat

By 29 September 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Nur Farhana Azman (Jasin)

ASAHAN, 29 Sep (Malaysiaaktif) – Majlis Perasmian Kimia ke Desa Peringkat Negeri Melaka Tahun 2024 anjuran Jabatan Kimia Malaysia Negeri Melaka telah berlangsung dengan jayanya di Institut Latihan Perindustrian (ILP) Selandar, kelmarin.

Sesi fotografi bersama tetamu jemputan yang hadir di majlis perasmian

Menurut Timbalan Ketua Setiausaha (Perancangan dan Pembudayaan Sains) Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) Ruziah Shafei yang mewakili Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang berkata, program ini membuka peluang kepada penduduk tempatan untuk memahami betapa pentingnya kimia dalam kehidupan harian kita bagi memastikan kesejahteraan hidup rakyat secara keseluruhan.

Pameran daripada Jabatan Kimia Negeri Melaka

“Saya percaya program Kimia ke Desa ini adalah satu usaha yang sangat bermakna dari Jabatan Kimia Malaysia (KIMIA) yang bukan sahaja membawa Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) terus kepada masyarakat desa, tetapi juga memberi inspirasi kepada pelajar untuk mendalami ilmu sains dengan lebih mendalam.

“Terima kasih atas kerjasama yang diberikan oleh Kerajaan Negeri Melaka, semoga kerjasama erat sebegini dapat diteruskan lagi bagi memenuhi hasrat dan matlamat tercapai,” ujarnya.

-AA-

Tinggalkan komen anda