Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Program Pemantapan Sahsiah Bentuk Minat Pelajar Terokai Bidang TVET

By 10 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Suzira Zainol Abidin (Perak)/KKGP

GERIK, 10 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 90 peserta terdiri daripada pelajar Tingkatan Empat Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dato’ Ahmad, SMK Tan Sri Abdul Aziz dan SMK Sultan Azlan Shah, Lenggong menyertai Program Pemantapan Sahsiah: Ekspresi Dirimu (Remaja dan Hala Tuju selepas SPM) di Kolej Komuniti Gerik (KKGP).

Salbiah berharap kerjasama antara JKM, PPD dan KKGP ini dapat menjadi model kejayaan dalam meningkatkan kualiti mutu pendidikan negara.

Program selama dua hari pada 7 dan 8 September itu bertujuan memberi kesedaran awal kepada pelajar dari sudut pembentukan pemikiran dan tingkah laku positif serta pendedahan awal dalam bidang kemahiran yang mampu menarik minat mereka untuk belajar dan meneroka dunia Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET).

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga, Kebajikan Masyarakat, Pembangunan Usahawan dan Koperasi Negeri Datuk Salbiah Mohamed, berkata program julung kali diadakan ini adalah kolaborasi antara Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Hulu Perak, Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Hulu Perak dan KKGP selain mendapat sokongan daripada NGO Pasukan Kebajikan Kanak-Kanak (P3K) Daerah.

Penyampaian sijil penyertaan kepada peserta.

“Gabungan tiga entiti ini sebagai penganjur bukan sahaja akan memperkasa kemampuan individu, bahkan memberi satu input yang diperlukan untuk mencapai kesejahteraan sosial dan peluang pembelajaran dalam bidang TVET khususnya kepada anak-anak di daerah ini.

“Melalui kerjasama ini kita berhasrat untuk meningkatkan aksesibiliti latihan kemahiran kepada kumpulan sasaran serta menyediakan mereka dengan peluang yang lebih baik untuk menyambung pengajian dan memperoleh pekerjaan yang lebih stabil serta berdaya saing,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian penutup, di sini kelmarin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda