
Laporan/foto: Muhammad Zarul Afify (Jasin)
ASAHAN, 29 Sep (Malaysiaaktif) – Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin, Shaiful Hizam Johan telah menyempurnakan Program MPJ Bersama Komuniti Sempena Hari Cuci Malaysia 2024 yang berlangsung di Taman Selandar Indah, semalam.

Ucapan Perasmian oleh Yang Dipertua Majlis Perbandaran Jasin
Penganjuran program ini bertujuan memberi kesedaran kepada masyarakat dan komuniti di setiap peringkat mengenai kepentingan dan tanggungjawab terhadap kebersihan awam sekali gus membantu mewujudkan persekitaran tempat tinggal yang sejahtera.

Gimik perasmian menanam pokok
Menurut Shaiful Hizam Roslan, program ini juga dapat memberi kesedaran kepada masyarakat bahawa tanggungjawab kebersihan awam dan keceriaan tidak bergantung kepada PBT atau agensi yang terlibat sahaja, malah penduduk setempat perlu memainkan peranan penting bersama dalam menjaga persekitaran.
” Suka saya menyatakan pelaksanaan aktiviti gotong royong ini dapat meningkatkan kesedaran kita mengenai kepentingan menjaga dan memulihara alam sekitar. Ia selaras dengan hasrat Ketua Menteri Melaka untuk mengindahkan persekitaran terutamanya di lokasi-lokasi pelancongan bagi Tahun Melawat Melaka 2024,” ujarnya.
-AA-