
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Jeffrey Nian (Labuan)
LABUAN, 5 Sep (Malaysiaaktif) – Pengetahuan mengenai rawatan awal semasa berlaku sebarang kecemasan amat penting untuk dipelajari jika berlaku sebarang kecemasan.

Salah seorang Pegawai Penerangan Labuan melakukan praktikal Resusitasi kardiopulmonari (CPR).
Menurut Pengarah Jabatan Penerangan Labuan Azman Sipan ilmu mengenai pertolongan atau rawatan awal kecemasan perlu dipelajari agar semua individu mampu membantu mangsa yang memerlukan rawatan dengan segera.
“Kita tidak tahu sebarang kejadian kecemasan boleh berlaku pada bila-bila masa dan kepada sesiapa sahaja oleh itu setiap orang perlu ada kemahiran melakukan rawatan awal kecemasan sekali gus mampu menyelamatkan nyawa orang lain.
“Pengetahuan ini juga penting untuk membantu kita menilai sesuatu situasi kecemasan dan bertindak dengan pendekatan yang betul kepada seseorang mangsa agar tidak mendatangkan kecederaan yang lebih serius,” katanya semasa berucap pada Program Jiwa Madani : Taklimat Rawatan Awal Kecemasan anjuran Jabatan Penerangan Labuan bersama Komuniti MADANI dan Angkatan Pertahanan Awam (APM) Labuan, di sini pagi tadi.

Nyanyian lagu Jalur Gemilang menjadi penutup Program Jiwa Madani : Taklimat Rawatan Awal Kecemasan.
Azman turut berharap para peserta terutama ahli-ahli komuniti yang hadir dapat memanfaatkan ilmu yang diterima seterusnya boleh menyebarkannya kepada masyarakat di peringkat akar umbi.
Hadir sama Pegawai Pertahanan Awam Labuan Mejar. (PA) Siti Janariah Bacho.
-ZS-