Skip to main content
Berita Sabah & LabuanBerita TempatanSabah

Resepi Tradisi Kukuhkan Pelancongan Gastronomi Tawau

By 18 September 2024September 19th, 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip (Sabah)

TAWAU, 18 Sep (Malaysiaaktif) – Status Tawau sebagai ‘syurga makanan’ dengan kepelbagaian resepi tradisi pelbagai etniknya mampu meluaskan lagi potensi pelancongan gastronomi di daerah tersebut.

Justeru penganjuran Pameran Makanan Etnik Sempena Hari Malaysia 2024 di Tawau dilihat membuka luas peluang kepada penggiat industri untuk mengetengahkan citarasa makanan warisan kepada para pelancong.

Rina Jainal ketika menyampaikan ucapan perasmian.

Setiausaha Politik kepada Menteri Kewangan Sabah Rina Jainal, berkata acara tersebut juga peluang bagi setiap etnik untuk mengangkat kenunikan budaya mereka melalui masakan sambil bertukar buah fikiran antara satu sama lain.

“Oleh itu, Pameran Makanan Etnik adalah peluang yang tepat untuk mempromosikan Tawau sebagai destinasi pelancongan utama dengan mempamerkan apa yang ditawarkan dan seterusnya menggalakkan pelancong untuk melawat daerah ini.

“Semua suku kaum dan etnik di negara ini digalakkan untuk bersama kerajaan memajukan sektor pelancongan,” katanya ketika merasmikan Program Pameran Makanan Etnik Sempena Hari Malaysia 2024, di sini pada Isnin.

Tambahnya, setiap etnik mempunyai keunikan dan keistimewaan tersendiri dalam menghasilkan juadah tradisi sekaligus membentuk satu identiti tersendiri dalam industri pelancongan gastronomi.

Antara etnik yang menyertai Pameran Makanan Etnik Sempena Hari Malaysia 2024.

“Kita mahu menarik pelancong untuk datang ke Tawau dengan merasai atau menikmati makanan yang dijadikan sebagai trademark sesuatu kawasan sekali gus melambangkan tradisi mahupun adat resam yang diamalkan.

“Sebagai contoh, suku Bugis cukup dikenali dengan pelbagai adat dan tradisi termasuklah jenis-jenis makanannya, makanan seperti nasi kuning bukan sahaja dikenali dengan rasanya yang sedap, malah cara penyampaiannya juga semakin berubah,” ujarnya.

Pameran sehari bertemakan ‘Perpaduan Kearah Keharmonian Bersama’ ini disertai oleh lebih kurang 30 etnik di bahagian Tawau anataranya etnik Bugis, Cocos, Suluk, Bajau, Banjar dan Brunei.

-ZS-

Tinggalkan komen anda