Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sambutan Bulan Kebangsaan Kampung Badri Meriah

By 9 September 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohammad Rasuli/Khairul Izham (Bagan Datuk)

HUTAN MELINTANG, 9 Sep (Malaysiaaktif) – Sambutan Bulan Kebangsaan sempena Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA)@Merdeka di Surau Insaniah, Kampung Badri di sini kelmarin disambut meriah penduduk.

Acara sukaneka meriah dengan penglibatan seisi keluarga.

Menurut Pengerusi Komuniti Kampung Badri Mohd Sanif Abu, program tersebut anjuran bersama Pejabat Penerangan Bagan Datuk dan Komuniti Kampung Badri dengan kerjasama Tabika KEMAS Parit 21.

“Pelbagai aktiviti dilaksanakan sempena program ini seperti perarakan sekampung, sukaneka keluarga, peragaan busana, binaan mercu tanda negara dan pertandingan mewarna.

“Turut berlangsung aktiviti hiasan bertemakan kemerdekaan antaranya pertandingan hiasan bakul, basikal dan payung,” ujarnya.

Ahmad Mustain gembira program mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk.

Sementara itu, Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hutan Melintang Ahmad Mustain Hamid menzahirkan rasa gembira dengan sambutan penduduk dalam program tersebut.

“Program hari ini menggambarkan kesatuan hati rakyat Malaysia dalam mensyukuri nikmat kemerdekaan negara.

“Tahniah kepada pihak penganjur dan diharap lebih banyak program seumpama ini diadakan demi memupuk semangat cintakan negara dalam kalangan rakyat terutama generasi muda,” ujarnya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda