Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

Sambutan Hari Malaysia dan Maulidur Rasul Erat Perpaduan Penduduk

By 17 September 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Andi Rahim/Muhammad Fakhri Md Nor (Manjung)

PANTAI REMIS, 17 Sep (Malaysiaaktif) – Program Jalinan Insan Wahana Aspirasi (JIWA)@Komuniti MADANI Pantai Remis sempena Sambutan Hari Malaysia dan Maulidur Rasul 2024 disambut meriah di Padang Taman Bintang, di sini semalam.

Kehadiran penduduk setempat memeriahkan Sambutan Hari Malaysia dan Maulidur Rasul 2024.

Program anjuran Komuniti MADANI Taman Bintang dan Pejabat Penerangan Daerah Manjung bertujuan menyuntik semangat perpaduan dan rasa cinta pada negara di samping membina ummah yang bersatu padu antara komuniti.

Ketua Komuniti MADANI Taman Bintang Sabri Suriat, berkata beliau sangat menghargai kerjasama dan komitmen yang diberikan oleh penduduk sepanjang program berlangsung.

Pegawai Penerangan Daerah Manjung Anita Omar menyampaikan hadiah cabutan bertuah kepada peserta.

“Saya juga merakamkan ucapan terima kasih kepada Pejabat Penerangan Daerah Manjung dan agensi kerajaan yang turut serta menjayakan program ini,” katanya.

Pelbagai acara turut diadakan antaranya selawat perdana, berjalan langkah Merdeka, pemeriksaan kesihatan percuma, jualan rahmah Madani bergerak dan cabutan bertuah.

-ZS-

Tinggalkan komen anda