Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Sambutan Maulidur Rasul Taman Nuri Disambut Sederhana tapi Bermakna

By 18 September 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad (Pokok Sena)

ALOR SETAR, 18 Sep (Malaysiaaktif) – Para muslimah di Taman Nuri semalam menyambut Maulidur Rasul secara sederhana tapi bermakna sempena Program Jiwa Madani DUN Derga di Masjid Al-Ikhlas Taman Nuri.

Taklimat Budi Madani.

“Sambutan Maulidur Rasul ini bukan hanya untuk memperingati hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW bahkan untuk mengeratkan ukhuwah dan perpaduan umat Islam.” kata Pengerusi Kelas Pengajian Muslimah Masjid Al-Ikhlas Taman Nuri Hajjah Fauziah Hanafiah.

Selain bacaan Yasin, tahlil dan doa, majlis turut diserikan dengan persembahan qasidah dari Kumpulan Marhaban As Syiffa dan cabutan bertuah.

Di samping itu, taklimat turut diberikan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat supaya lebih memahami mengenai Budi Madani.

-ZS-

Tinggalkan komen anda