Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

SAREX-OMSAR 2024 Tambah Baik Prosedur Sedia Ada Tangani Insiden Maritim

By 6 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Sukri Ibrahim (Kemaman)

KEMAMAN, 6 Sep (Malaysiaaktif) – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) melalui Maritime Rescue Sub Centre (MRSC Kuantan) dengan kerjasama Petroliam Nasional Berhad (PETRONAS) serta International Petroleum Corporation (IPC) telah melaksanakan Offshore Maritime Search and Rescue Exercise (SAREX-OMSAR 2024) Level 3 selama empat hari bermula 2 hingga 5 September bertempat di Kemaman Supply Base (KSB).

Satu latihan sidang media dibuat bagi memastikan semua maklumat dapat disalur dgn lebih cepat dan tepat.

Pengarah Maritim Negeri Pahang Mazlan Mat Rejab  ketika ditemui di sini kelmarin, berkata tujuan utama pelaksanaan SAREX-OMSAR 2024 adalah untuk menguji Prosedur Tetap Mencari dan Menyelamat Maritim, Pelan Maritime Mass Rescue Operation (MMRO) dan Garis Panduan Operasi Search and Rescue (Mencari dan Menyelamat) di pelantar minyak.

“Latihan kali ini melibatkan seramai 380 tenaga kerja membabitkan 24 agensi kerajaan serta swasta, manakala bagi penglibatan aset membabitkan sebanyak 33 aset terdiri daripada 19 aset darat, satu aset udara serta 12 aset laut digerakkan sepertimana situasi sebenar.

“SAREX-OMSAR 2024 turut menjadi medan bagi memperkukuh hubungan dan persefahaman peserta terutamanya dari aspek komunikasi agar penyaluran maklumat dapat dilakukan dengan lebih berkesan dan lancar.

Mazlan (kanan) ketika ditemui di sini kelmarin.

“Di samping kerjasama antara agensi menjadi kunci utama kejayaan dalam mengkoordinasikan sesuatu perancangan terutama sekali membabitkan kawal selia kesejahteraan perairan negara, setiap aset yang digerakkan juga perlu mempunyai keupayaan dalam operasi menyelamat berskala besar sekaligus menambah baik prosedur sedia ada dalam menghadapi sesuatu insiden atau bencana maritim.

Latihan yang dijalankan membabitkan senario pertembungan dua buah kapal sehingga menyebabkan berlaku letupan dan mengakibatkan ramai krew kapal cedera dan tumpahan minyak yang besar.

-ZS-

Tinggalkan komen anda