Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanJohor

Sayangi Gajah, Selamatkan Alam Warisan untuk Generasi akan Datang

By 27 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ashikin Mustafa/Al-Tarmizi Azmi (Kota Tinggi)

KOTA TINGGI, 27 Sep (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Gajah Sedunia 2024 yang diadakan di Dewan Masyarakat Sungai Ara, Felcra Sungai Ara bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pemuliharaan dan perlindungan gajah serta habitat mereka.

Saharuddin (tiga dari kiri) ketika merasmikan majlis di Dewan Masyarakat Sungai Ara, Felcra Sungai Ara, Kota Tinggi.

Ketua Penolong Pegawai Daerah Mohd Saharuddin Mohd Yunus, berkata program ini juga bagi mewujudkan kesedaran awam tentang kepentingan konservasi dan perlindungan spesis gajah Asia dalam usaha ke arah kewujudkan harmoni manusia dan gajah.

”Sambutan Hari Gajah Sedunia yang disambut setiap tahun ini diharap akan memupuk rasa cinta dan kesedaran terhadap haiwan mega yang semakin terancam ini.

“Selain itu, masyarakat juga perlu lebih peka terhadap peranan gajah dalam ekosistem dan menghargai usaha-usaha yang dijalankan pelbagai pihak dan agensi untuk memastikan kelestarian spesis ikonik ini,” katanya selepas merasmikan Sambutan Hari Gajah Sedunia 2024 selaku wakil rasmi Pegawai Daerah Kota Tinggi , di sini semalam.

Orang ramai berpeluang untuk memberi makan kepada gajah-gajah yang dibawa khas ke program ini.

Pelbagai aktiviti turut diadakan sempena seperti pameran gajah denak dari Johor Elephant Sanctuary, pameran reruai pendidikan mengenai gajah dan alam sekitar serta taklimat menarik mengenai gajah dan alam sekitar oleh pihak Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) Negeri Johor.

Turut hadir Pengarah PERHILITAN) Negeri Johor Ahmad Meisery Abd Hakim Amir dan Pengurus Besar Malaysian Palm Oil Green Conservation Foundation (MPOGCF) Hairulazim Mahmud.

-ZS-

Tinggalkan komen anda