Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Selamatkan Lapisan Ozon Tanggungjawab Bersama

By 27 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aneta Ahmad/Uraidah Zetti Md Arifin (Dungun)

DUNGUN, 27 Sept (Malaysiaaktif) – Kerajaan sentiasa melaksanakan pelbagai program bagi meningkatkan kesedaran awam terhadap kepentingan menjaga alam sekitar demi kemaslahatan bersama.

Zakaria Ahmad ketika menyampaikan ucapan alu-aluan.

Menurut Timbalan Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Negeri Terengganu Zakaria Ahmad@Mohd, program ini diadakan secara serentak di seluruh negeri pada setiap tahun bertujuan untuk memberi kesedaran dan menggerakkan anggota masyarakat dalam aktiviti pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar di negara ini.

“Setiap individu bertanggungjawab menjadi ‘mata dan telinga’ untuk membantu agensi-agensi kerajaan yang bertanggungjawab membanteras kegiatan yang merosakkan dan mencemarkan alam sekitar.

“Melalui program ini juga, JAS Negeri Terengganu ingin memberikan pendedahan kepada komuniti berkaitan larangan pembakaran terbuka serta kepentingan fasiliti di tanah gambut dan pemantauan kebakaran di kawasan tanah gambut dan kawasan lain yang berisiko terbakar semasa musim panas dan kering,” katanya ketika menyampaikan ucapan alu-aluan di Program Komuniti Tanah Gambut dan Sambutan Hari Ozon Sedunia Peringkat Negeri Terengganu 2024, di sini kelmarin.

Pameran dan kuiz disediakan oleh Jabatan Alam Sekitar untuk pelajar sekolah.

Program yang dirasmikan oleh Pegawai Daerah Dungun Jusman Ibrahim ini turut mengadakan aktiviti Gambut Fun Ride, pertandingan melukis dan mewarna, ujian pelepasan gas daripada kenderaan secara percuma dan pameran pelbagai agensi kerajaan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda