
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah
KANGAR, 1 Sep (Malaysiaaktif) –Kampung Ujung Bukit yang mempunyai panorama indah menggambarkan keindahan alam semula jadi negeri Perlis pada hari ini, penduduk sekitarnya telah menjayakan program Jiwa Komuniti MADANI@Merdeka bertempat di Inap Desa Kampung Ujung Bukit.
Walaupun semalam adalah kemuncak Bulan Kebangsaan iaitu tanggal 31 Ogos telah berlalu, namun semarak program-program di peringkat komuniti dan masyarakat tempatan dilihat masih giat berlangsung dan sentiasa mendapat sokongan masyarakat.

Sokongan padu masyarakat menonjolkan semangat muhibah.
Komuniti MADANI Banjaran Nakawan antara komuniti tempatan yang giat menjayakan program kenegaraan sempena Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia.
Aktiviti sempena Bulan Kebangsaan pada petang ini, dengan pelbagai aktiviti yang bukan sahaja memupuk semangat patriotisme, namun juga semangat muhibah dalam kalangan penduduk dengan antiviti konvoi ziarah kasih ke enam buah rumah.
Selain daripada itu, aktiviti lain melibatkan kanak-kanak sehingga dewasa turut diadakan.
Ketua Komuniti MADANI Banjaran Nakawan Amy Rodzi, berkata program ini merupakan simbolik semangat muhibah oleh penduduk dengan memberi sokongan hadir pada petang ini.
“Saya melihat sambutan yang sangat menggalakkan daripada penduduk sekitar.

Gotong-royong amalan warisan yang tidak dilupakan.
“Semangat muhibah ini perlu dipupuk dengan kita eratkan dahulu hubungan sesama kita di kejiranan seperti berlangsungnya di awal tadi konvoi ziarah kasih kepada penduduk, kemudian baharulah semangat cintakan tanah air boleh menebal,” katanya.
Menurutnya, zudaya ziarah ini perlu sentiasa diterapkan kepada semua peringkat umur dan dilaksanakan sepanjang tahun.
“Kami pada hari ini telah menjayakan pelbagai aktiviti antaranya Pertandingan Mewarna, Peragaan Merdeka, Konvoi Ziarah Kasih dan juga tidak dilupakan warisan dari dahulu iaitu gotong-royong menggoreng cucur cempedak dan pisang.
Program JIWA Komuniti MADANI@Merdeka Banjaran Nakawan ini turut mendapat kerjasama daripada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JPKKP) Kampung Ujung Bukit.
Majlis Perasmian Penutup disempurnakan oleh Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Perlis Mazli Hamdan.
-ZS-