Skip to main content
Berita TempatanBerita Sabah & LabuanSabah

Seni Silat Menyatukan Masyarakat Pelbagai Budaya di Malaysia

By 18 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: AgKu Marzuki Ag Latip/Mohd Maqdi Salleh (Sabah)

TAWAU, 18 Sep (Malaysiaaktif) – Seni silat antaranya dikenali sebagai Silat Seni Gayong berupaya menjadi medium keharmonian dalam menyatupadukan pelbagai kaum di negara ini dengan mengekalkan kaedah disiplin yang telah diperkenalkan sejak turun-temurun.

Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri Sabah Datuk Nizam Abu Bakar Titingan, berkata seni silat sejak sekian lama memainkan peranan yang penting menyatukan masyarakat Melayu melalui persaudaraan dan ajaran Islam.

Ustaz (Dr.) Abdul Razak ketika ditemui pemberita pada Penutupan Program Ziarah Cakna Panji Alam di Ufuk Timur Medan.

“Gabungan kesenian dalam persilatan ini menarik perhatian pencinta seni dan berpotensi memastikan budaya ini tidak lapuk ditelan zaman. Seni silat ini juga dapat menyatukan dan mendekatkan diri kepada syiar dan ajaran Islam dalam kehidupan.

“Silat dapat mendidik pengamalnya supaya tidak mudah mengalah dan berjiwa besar, selain sentiasa menyemai serta menyemarakkan semangat perjuangan orang dahulu di samping menjadi sebahagian gaya hidup masa kini dalam membentuk karakter peribadi dan disiplin individu,” ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan penutupan Program Ziarah Cakna Panji Alam Di Ufuk Timur, Pertubuhan Seni Silat Gayong Panji Alam Malaysia (PSSGPAM), di sini pada Selasa.

Sesi penganugerahan sandang kebesaran.

Sementara itu, Guru Utama PSSGPAM Dr. Abdul Razak Hasan memberitahu, ketika ini ramai golongan yang kini berminat dalam bidang persilatan melibatkan pelbagai peringkat umur.

“Kita berharap agar masyarakat boleh menerima pertubuhan ini sebagai aktiviti riadah, pendidikan agar mereka menjadi golongan soleh dan solehah pada masa akan datang,” ujarnya.

Program yang berlangsung selama lima hari itu berjaya menghimpunkan kira-kira 700 pesilat dari seluruh daerah Sabah dan negeri lain di Malaysia.

-ZS-

Tinggalkan komen anda