Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

SHAH Pekan Raikan Semangat Merdeka dan Hari Malaysia

By 7 September 2024September 29th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Ahmad Nizam Abidin/PenPekan (Pekan)

Pegawai Penerangan Daerah Pekan menyampaikan hadiah kepada pemenang.

PEKAN, 7 Sep (Malaysiaaktif) – Berbekalkan semangat kemerdekaan dan Hari Malaysia murid-murid Sekolah Menengah Sains Sultan Haji Ahmad Shah (SHAH Pekan) telah mengadakan sambutan kemerdekaan di dewan sekolah yang melibatkan rumah-rumah sukan yang diwakili para pelajar, di sini Khamis lalu.

Sambutan tahun ini bertemakan ‘Malaysia Madani: Jiwa Merdeka’ diterjemahkan melalui Pertandingan Sajak, Koir Lagu Patriotik dan Lagu Motivasi.

“Ini merupakan kali kedua pihak sekolah bekerjasama dengan Pejabat Penerangan Daerah Pekan untuk mengadakan program seperti ini.

“Namun kali ini penyertaan murid-murid lebih ramai kerana ia melibatkan koir dalam kategori Koir Patriotik dan Lagu Motivasi secara berkumpulan,” kata Guru Penyelarasnya Norzaida Ibrahim.

Kumpulan koir lagu patriotik dan lagu motivasi mengambil bahagian dalam pertandingan.

Beliau juga mengucapkan terima kasih kepada Pejabat Penerangan Pekan kerana sudi bekerjasama dalam penganjuran tahun ini.

Dalam ucapan penutup, Pegawai Penerangan Daerah Pekan Ahmad Nizam Abidin berpesan kepada para pelajar agar sentiasa berbangga menjadi rakyat Malaysia.

“Jagalah kemerdekaan negara yang ada setelah ia diperolehi oleh pejuang kemerdekaan pada masa lampau daripada penjajah,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda