
Laporan/foto: Mohd Fauzan Mahari
PASIR PUTEH, 8 Sep (Malaysiaaktif) – Seramai 200 peserta turut hadir dalam memeriahkan Program Jiwa Komuniti Madani@Merdeka anjuran Jabatan Penerangan Daerah Pasir Puteh bersama Komuniti MADANI Gong Jering bersempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67.

Antara sukaneka yang diadakan.
Laungan kemerdekaan sebanyak tiga kali dipimpin oleh Ketua Komuniti MADANI Gong Jering disahut meriah oleh 200 orang hadirin yang hadir menjayakan program di Dataran Taman Sentosa, Selising, di sini pagi semalam.
Ketua Komuniti MADANI Gong Jering Rosman Rasid, berkata program yang dilaksanakan ini mendapat penyertaan yang positif daripada golongan anak muda sekitar sekali gus mengelakkan daripada mereka melakukan perkara yang tidak bermoral.

Pengunjung yang hadir ke Program Jiwa Komuniti Madani@Merdeka Komuniti MADANI Gong Jering.
“Anak muda perlu dijaga sebaiknya dan perlu diberi pendedahan erti kemerdekaan yang sebenar kerana mereka adalah pendukung dan tunjang kepada kejayaan negara kita di masa hadapan,” katanya.
Penganjuran program sukaneka sempena Hari Kebangsaan di Dataran Taman Sentosa ini merupakan program yang julung kali diadakan dengan pelbagai pengisian acara sukaneka seperti bola sepak 9 sebelah, pertandingan mewarna, lari dalam guni dan isi air dalam botol.
-ZS-