Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

Sultan Pahang Titah Agar Lebih Banyak Rumah Ru’RASA Didirikan

By 21 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fitri Abdul Halim (Bera)

BERA, 21 Sept (MalaysiaAktif) – Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah bertitah agar lebih banyak rumah Ru’RASA didirikan untuk manfaat.

Baginda bertitah agar pembinaan rumah Ru’ RASA dapat diteruskan demi kesejahteraan rakyat

“InsyaAllah kita akan teruskan projek ini ke fasa-fasa yang berterusan selepas selesai fasa kedua dan fasa ketiga, sebab itu saya minta juga daripada pihak kerajaan yang dikendalikan oleh pihak Pejabat SUK dan Unit Perumahan (LPHP) kalau boleh kita percepatkan lagi.

“Kalau boleh birokrasi itu dipercepatkan, disiapkan cepat itu lagi menguntungkan kita. InsyaAllah, menguntungkan kepada rakyat di sini, kalau kita lambat mungkin harga naik dan sebagainya,” titah Baginda di Majlis Pengurniaan Kunci Rumah Rakyat Al-Sultan Abdullah (Ru’RASA) yang diadakan di Kampung Paya Serai, Kuala Bera, kelmarin.

Baginda Tuanku berkenan beramah mesra bersama rakyat jelata

Seramai 30 penerima masing-masing 16 dari Bera dan 14 dari Bentong menerima kunci rumah pada majlis berkenaan.

Turut mengiringi baginda ialah Yang Amat Mulia Tengku Arif Bendahara Tengku Muhammad Iskandar Ri’ayatuddin Shah Ibni Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

Hadir sama ialah Setiausaha Kerajaan Negeri Pahang Dato’ Sri Haji Zulkifli Yaacob, wakil Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) Aamer Alteneiji, Speaker Dewan Negeri Pahang Dato’ Sri Mohd Sharkar Shamsuddin, Ahli Parlimen Bera Dato’ Sri Ismail Sabri Yaacob, barisan Exco Kerajaan Pahang, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Perumahan dan Hartanah Pahang (LPHP) YDato’ Islanizam A. Halim.

-AA-

Tinggalkan komen anda