
Laporan/foto: Noorshazana Shaadan(Port Dickson)/Mohd Khairulnizam (JAPENNS)
PORT DICKSON, 10 Sep (Malaysiaaktif) – Kebergantungan orang ramai kepada sumber maklumat dalam talian adalah satu cabaran tersendiri kerana kesahihan dan kualiti maklumat yang dicapai tidak dapat dijamin.

Turut melancarkan Kempen Perangi Gula.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata Dasar Literasi Kesihatan Kebangsaan (DLKK) adalah sebuah inisiatif di bawah Agenda Nasional Malaysia Sihat (ANMS) 2020–2030 yang merupakan langkah strategik kerajaan dalam usaha meningkatkan tahap literasi kesihatan (celik kesihatan) rakyat Malaysia ke arah pembudayaan hidup sihat.
“Tahap literasi kesihatan rakyat perlu ditingkatkan secara inklusif dan perkara ini boleh dicapai dengan memperkasa kemahiran untuk mengakses maklumat kesihatan daripada sumber yang berkredibiliti, memahaminya secara menyeluruh, menilainya secara kritikal dan mengambil tindakan demi kesejahteraan diri,” katanya ketika berucap di Majlis Sambutan Bulan Malaysia Sihat Sejahtera Peringkat Kebangsaan 2024 di Pantai Batu 1, di sini Ahad lalu.

Anwar ketika melawat ke reruai yang disediakan.
Dalam majlis sama, beliau turut melancarkan Kempen Perangi Gula dan mengingatkan rakyat untuk mengambil serius berkenaan pengetahuan penjagaan kesihatan terutamanya keburukan pengambilan gula secara berlebihan.
Hadir sama Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad dan Menteri Besar Negeri Sembilan Datuk Seri Utama Aminuddin Harun.
-ZS-