
Laporan/foto: Lyana Athirah Mohd Saad (Pokok Sena)
POKOK SENA, 13 Sep (Malaysiaaktif) – Para wanita di Kampung Bukit semalam dapat menimba ilmu mempelajari cara membuat kek coklat lembab kukus sempena Program Jiwa DUN Bukit Lada di Pusat Komuniti Desa Bukit Lada.

Demontrasi membuat kek coklat lembab kukus.
Aktiviti seperti ini dapat mengeratkan hubungan sesama masyarakat dalam komuniti setempat di samping menimba ilmu baru.
Di samping itu, taklimat Budi Madani turut diberikan bagi memberi pendedahan kepada masyarakat supaya lebih memahami mengenai Budi Madani.
“Setiap kali program yang dianjurkan oleh Pejabat Penerangan Daerah Pokok Sena akan sentiasa mendapat sambutan menggalakkan daripada penduduk Kampung Bukit dan sekitar,” katanya Pengurus Pusat Komuniti Desa Diana Elyza Zakaria.

Demontrasi membuat kek coklat lembab kukus.
-ZS-