
Laporan/foto: Erzufariza Zulkifly (Maran)
MARAN, 8 Sep (Malaysiaaktif) – Kelincahan dan semangat kemerdekaan yang ditunjukkan oleh seorang warga emas di daerah ini menarik perhatian ramai.

Norzizah ketika menyertai aktiviti pilih-pilih menantu.
Norzizah Nor Ali, 72, yang turut sama menyertai acara senamrobik dan sukaneka semasa program sambutan Bulan Kebangsaan dan Hari Malaysia sempena JIWA @ Merdeka Komuniti MADANI Felda Bukit Tajau, berkata beliau sangat teruja untuk menyertai program ini.
“Saya berasa sangat teruja kerana saban tahun Pejabat Penerangan Daearah Maran akan menganjurkan program yang sempena Bulan Kebangsaan,” katanya.

Norzizah memenangi tempat kedua Pertandingan Tugu Blok.
“Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan terima kasih kepada pejuang negara kerana telah memerdekakan negara Malaysia,” katanya dengan penuh bersemangat.
Wakil Penyelaras DUN ChenorJamaluddin Md Marzuki turut hadir merasmikan program hari ini.
-ZS-