Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Wayang Pacak Filem ‘Mat Kilau’ Bangkitkan Semangat Patriotik

By 2 September 2024September 29th, 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Muhamad Zaini Dollah (Seberang Perai Selatan)

NIBONG TEBAL, 2 Sep (Malaysiaaktif) – Tayangan filem epik Mat Kilau menerusi wayang pacak menyemarakkan sambutan Hari Kebangsaan penduduk Kampung Che Isa, Teluk Ipil semalam, sekali gus mengimbau nostalgia era 1960-an dan 1970-an.

Edaran Jalur Gemilang.

Menurut Pegawai Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan Farhani Ismail, program ini adalah inisiatif Pejabat Penerangan Daerah Seberang Perai Selatan untuk mengembalikan nostalgia lama sambil menyemarakkan semangat cinta tanah air dalam kalangan masyarakat.

“Kami mahu generasi hari ini sentiasa menghargai jasa dan perjuangan nenek moyang yang telah berkorban untuk mencapai kemerdekaan,” katanya.

Majlis bacaan Yassin dan doa selamat.

Beliau turut menambah, acara yang bermula sejak pukul 7.00 malam itu dimulakan dengan solat maghrib, diikuti bacaan Yassin, doa selamat, wayang pacak, dan diakhiri dengan pertunjukan bunga api yang memeriahkan suasana.

Seorang pengunjung, Ahmad Faizal, 38, menyatakan keterujaannya dengan penganjuran acara ini.

“Menonton wayang pacak seperti ini mengingatkan saya kepada cerita-cerita yang sering ditayangkan di kampung ketika saya masih kecil.

“Ini adalah pengalaman yang cukup berharga, terutama bagi anak-anak saya yang pertama kali menontonnya,” katanya dengan penuh gembira.

-ZS-

Tinggalkan komen anda