Skip to main content
Berita Tempatan

Zoo Johor Berwajah Baharu

By 2 September 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Rafezan Shawal (Johor Bahru)

JOHOR BAHRU, 2 Sep (Malaysiaaktif) – Zoo Johor dibuka secara rasminya kepada orang awam pada 31 Ogos lalu sempena sambutan Hari Kebangsaan yang ke-67.

Tinjauan wartawan Malaysiaaktif Johor Bahru mendapati orang ramai telah beratur di perkarangan luar Zoo Johor seawal pukul 8.00 pagi bagi membeli tiket.

Pengunjung, Suhaimi Morni (tengah) bersama keluarga ke Zoo Johor, semalam sempena pembukaan Zoo Johor.

Salah seorang pengunjung, Suhaimi Morni, 40, berkata banyak penambahbaikan telah dibuat semasa penutupan Zoo Johor dan ini memberikan keselesaan kepada pengunjung yang datang.

“Rakyat Johor memang menanti-nantikan pembukaan Zoo Johor setelah lebih kurang empat tahun ditutup akibat COVID-19 dan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Selepas ini saya tidak perlu ke zoo lain kerana di Zoo Johor sendiri sudah cantik dan selesa setelah dibuat pengubahsuaian dan penambahbaikan,” katanya semalam.

Lebih 20,000 pengunjung datang ke Zoo Johor pada hari pertama pembukaan Zoo Johor sempena Hari Kebangsaan ke-67, kelmarin.

Tambahnya lagi, banyak penambahbaikan yang dibuat seperti tempat pejalan kaki, susunan kandang haiwan, pembelian tiket yang mudah dan mesra pengguna dan tempat letak kenderaan yang mudah.

Zoo Johor terletak di tengah bandar raya Johor Bahru mempunyai keluasan tanah 4.73 hektar merupakan zoo pertama dibuka dan tertua di Malaysia yang berusia hampir 96 tahun.

Sempena pembukaan Zoo Johor, potongan harga tiket sebanyak 50 peratus diberikan kepada pengunjung selama sebulan.

-ZS-

Tinggalkan komen anda