Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPerak

AI 4 Belia Bantu Anak Muda Hadapi Pasaran Kerja Masa Hadapan

By 28 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Kartini Abdul Aziz (Muallim)/Unit Media MOSTI

TANJONG MALIM, 28 Okt (Malaysiaaktif) – Bengkel AI 4 Belia anjuran Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dengan kerjasama Pixlr Sdn Bhd di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), di sini kelmarin berjaya menarik seramai 100 penyertaan terdiri daripada pelajar UPSI dan belia sekitar daerah ini.

Chang Lih Kang menekankan kepentingan penguasaan Teknologi AI semasa merasmikan Bengkel AI 4 Belia

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi merangkap ahli Parlimen Tanjong Malim Chang Lih Kang, berkata penyertaan aktif belia dalam inisiatif sebegini merupakan langkah penting bagi mempersiapkan diri untuk menghadapi cabaran masa hadapan terutama dalam sektor pekerjaan berteknologi tinggi.

Chang Lih Kang melihat hasil kerja peserta Bengkel AI 4 Belia

“MOSTI memiliki tanggungjawab membangun dan melahirkan belia yang celik teknologi terutama teknologi AI,” ujarnya ketika berucap merasmikan majlis penutup Bengkel AI 4 Belia.

Turut berlangsung pertukaran Memorandum Persefahaman (MOU) antara UPSI yang diwakili Dekan Fakulti Komputeran dan Meta-Teknologi Prof Madya Dr Maizatul Hayati Mohamad Yatim dengan Syarikat Pixlr Sdn Bhd diwakili Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulannya, Warren Leow.

Hadir sama Naib Cancelor UPSI Prof Datuk Dr Md Amin Md Taff.

-AA-

Tinggalkan komen anda