Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraPulau Pinang

Belajar Sunting Video Pendek Uji Kreativiti Komuniti Madani

By 18 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mahyudin Abd Rani/Mohd Shahrizan Shahabudin (Seberang Perai Selatan)

PULAU AMAN, 18 Okt (Malaysiaktif) – Sesi kursus suntingan video pendek telah diadakan bertempat di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Pulau Aman anjuran Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia (SKMM), semalam.

Seramai 25 orang ahli jawatankuasa (AJK) Komuniti Madani Daerah Seberang Perai Selatan terlibat menjayakan program ini.

Sesi taklimat Sufian Rashid Pegawai Cawangan Media Siber Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang

Sesi perkongsian disampaikan oleh Sufian Rashid, Pegawai Cawangan Media Siber, Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang.

Peserta-peserta kursus didedahkan dengan kaedah asas penghasilan video pendek secara mudah dan santai.

Rosli Othman, Pengerusi Komuniti Madani Bandar Cassia, berkata program yang dianjurkan memberi banyak ilmu dan manfaat kepada ahli-ahli komuniti yang hadir dan setiap individu mempunyai idea serta kreativiti tersendiri.

“llmu seperti ini harus diperluaskan seiring dengan kemajuan teknologi yang ada pada masa kini.

“Kreativiti dalam menghasilkan video ini juga mampu menarik minat orang ramai dalam usaha Jabatan Penerangan menyampaikan maklumat kepada masyarakat,” katanya.

Turut hadir bersama Hasmiza Hussin, Pengarah Jabatan Penerangan Negeri Pulau Pinang.

-AA-

Tinggalkan komen anda