
Laporan/foto: Md Khairul Azad Yunus/Haziq Ruslain (Labuan)
LABUAN, 17 Okt (Malaysiaaktif) – Peruntukan bagi penambahbaikan kemudahan infrastruktur awam antara menjadi harapan warga Labuan untuk diberi perhatian dalam pembentangan Belanjawan 2025.

Mohd Izuandi Jaludin.
Menurut Mohd Izuandi Jaludin, 40, jika kerajaan dapat meningkatkan peruntukan untuk infrastruktur awam di Labuan ianya mampu merancakkan pembangunan dalam aspek ekonomi dan kebajikan warga tempatan.
Jururawat Kesihatan Martina Khingsan, 38, pula berharap kerajaan memberi tumpuan kepada fasiliti kesihatan di Wilayah Persekutuan Labuan.

Martina Khingsan.
“Ianya supaya rakyat Labuan dapat menikmati perkhidmatan kesihatan yang lebih kondusif serta berkualiti,” katanya.
Sementara itu, seorang peniaga kedai sukan Novedeep Singh, 30, mengharapkan peruntukan khas kepada semua agensi kerajaan.
“Peruntukan khas kepada agensi-agensi kerajaan untuk menjalankan kegiatan sukan bagi mengeratkan silaturahim sekali gus membantu perniagaan berasaskan produk sukan mahupun perniagaan yang lain.

Novedeep Singh.
Ahli Komuniti MADANI Sri Kembangan Sulaiman Dulih, 41, berharap peruntukan bagi Komuniti MADANI boleh ditingkatkan bagi memudahkan mereka dalam melaksanakan pelbagai program bersama masyarakat di peringkat akar umbi sekali gus dapat menyebarkan pelbagai dasar-dasar semasa kerajaan.
Belanjawan 2025 bakal dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada esok, (Jumaat) 18 Oktober bermula pukul 4.00 petang.

Sulaiman Dulih.
-ZS-