Skip to main content
Berita TempatanBerita UtaraKedah

Dari Pelajar B40 ke Usahawan Berjaya

By 8 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Fatin Nabila Muktar/Kolej Komuniti Sungai Petani

JITRA, 8 Okt (Malaysiaaktif) – Kejayaan Nur Anis Nadhira Samsudin, 21, membuktikan bahawa tiada halangan untuk seseorang menjadi usahawan berjaya walaupun dilahirkan daripada keluarga berpendapatan rendah B40.

Menurut Anis Nadhira, ibunya yang hanya bekerja mengambil upah tempahan kuih menyebabkan dia memulakan perniagaan untuk membantu keluarga.

ā€œTujuan utama saya berniaga pada awalnya nak bayar yuran belajar, tapi alhamdulillah saya tidak sangka selepas menyertai pelbagai program keusahawanan di Kolej Komuniti, saya boleh buat lebih,ā€ katanya.

Jika dahulu perniagaan beliau menumpukan kepada makanan kini beliau melebarkan sayap dengan perkhidmatan rumah sewa kepada pelajar selain dari jualan secara dalam talian yang telah beliau pelajari semasa belajar di Kolej Komuniti Sik.

Katanya, sejak Semester 1 sehingga sekarang pendapatannya sudah mencecah RM6,000 sebulan.

Anugerah keusahawanan ini disampaikan oleh Pengarah Politeknik Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah (POLIMAS).

Anis Nadhira pelajar Kolej Komuniti Sik mengambil bidang program Sijil Pemprosesan Makanan dan Kawalan Mutu Makanan, berjaya merangkul Anugerah Usahawan Kolej Komuniti 2024 kerana terlibat secara aktif dalam pelbagai aktiviti keusahawanan di Kolej Komuniti Sik, termasuk penglibatan dalam SME 90 Days Challenge melalui produk bebola ikan V-Sikney Fishball dan membawa produk Soya Urna Empire masuk dalam pasaran di daerah Sik.

ā€œAnugerah ini merupakan motivasi buat saya untuk terus mengejar impian dalam bidang keusahawanan.

“Diharapkan melalui anugerah ini lebih ramai graduan Kolej Komuniti terinspirasi untuk berkecimpung dalam bidang keusahawanan,” ujar pemilik Urna Empire ini.

Menurut Pengarah Politeknik Sultan Abdul Halim Muā€™adzam Shah Haji Rosli Idris, anugerah ini diberikan kepada pelajar Kolej Komuniti yang telah menunjukkan pencapaian terbaik dalam bidang keusahawanan.

“Terutamanya melalui penglibatan aktif dalam inkubator pelajar dan terlibat dalam program penganjuran peringkat kolej sehingga di peringkat kebangsaan,” katanya di Majlis Konvokesyen Zon Kedah dan Perlis 2024 di Politeknik Sultan Abdul Halim Muā€™adzam Shah, di sini kelmarin.

-ZS-

Tinggalkan komen anda