Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Deepavali Semakin ‘Bercahaya’

By 23 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Intan Rasyidah Mustapa (Melaka Tengah)

KLEBANG, 23 Okt (Malaysiaaktif) – Majlis penyampaian sumbangan perayaan Deepavali Peringkat Parlimen Tangga Batu yang dikendalikan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka mengukir senyuman buat penganut agama Hindu selain membuka peluang kepada pemimpin untuk berada lebih dekat dengan masyarakat.

ADUN Klebang mengiringi acara sumbangan sambil beramah mesra dengan masyarakat

Menurut Datuk Rais Wira Yasin, EXCO Kanan Perumahan, Kerajaan Tempatan, Saliran, Perubahan Iklim dan Pengurusan Bencana merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Paya Rumput, lazimnya di negara kita masyarakat berbilang kaum berkongsi hari yang istimewa ini dalam suasana perayaan yang meriah dan harmoni serta yakin ini akan menjadi teladan di mata dunia.

Para penerima sumbangan

“Terima kasih kepada semua ADUN yang memberikan komitmen tinggi dalam mengenal pasti individu-individu yang patut dibantu, kerajaan sentiasa cakna keperluan semasa rakyat dan memastikan tiada keciciran berlaku dalam menyalurkan bantuan,” katanya.

Seramai 140 penerima telah mendapat sumbangan berbentuk wang tunai dan kelengkapan perayaan Deepavali.

Turut hadir, ADUN Klebang, Datuk Wira Lim Ban Hong, ADUN Pantai Kundor, Tuminah Kadi @ Mohd Hashim dan Pengarah Kebajikan Masyarakat Negeri Melaka, Halyjah Muhamad.

-AA-

Tinggalkan komen anda