Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahSelangor

Deepavali: YKN Ceriakan 300 Penerima

By 23 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)

SELAYANG BARU, 23 Okt (Malaysiaaktif) – Seramai 300 individu menerima sumbangan Yayasan Kebajikan Negara (YKN) sempena sambutan Deepavali minggu hadapan.

Dua orang penerima kelihatan ceria selepas menerima sumbangan YKN dan sebuah syarikat korporat.

YKN berkolaborasi dengan sebuah syarikat korporat menyampaikan barangan asas dan wang tunai yang disampaikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Nancy Shukri.

Nancy berkata, sumbangan yang disampaikan diharap menceriakan mereka menjelang sambutan pesta cahaya itu.

“Kita berbesar hati menyerahkan sumbangan berupa makanan dan wang tunai agar meringankan beban mereka,” jelasnya.

Nancy melihat baju yang dihasilkan oleh pelatih di PSPK.

Beliau ditemui media selepas menyempurnakan Program Sinar Kasih Deepavali 2024 di Pertubuhan Perkhidmatan Sosial dan Pembangunan Komuniti (PSPK), di sini semalam.

Turut hadir Timbalan Ketua Setiausaha (Operasi), Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Farah Adura Hamidi, Ketua Pegawai Eksekutif YKN Nordina Haron dan Pengerusi PSPK Henry Sandanam.

-ZS-

Tinggalkan komen anda