Skip to main content
Berita TempatanBerita TengahKuala Lumpur

Guru dan Pelajar Kelab Malaysiaku Pekan Teruja Jejak Kaki ke Parlimen

By 16 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Zayana Isa/Ahmad Nizam Abidin

Irfan (empat dari kanan) bersama guru pengiring dan rakan-rakan dari Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah, Pekan.

KUALA LUMPUR, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Guru dan pelajar Kelab Malaysiaku dari daerah Pekan teruja kerana dapat menjejakkan kaki buat pertama kalinya ke bangunan Parlimen Malaysia.

Menurut Guru Kelab Malaysiaku dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tengku Abdullah Zainarita Zainal Abidin beliau merasa teruja dan gembira dapat melihat sendiri perbahasan di Dewan Rakyat.

“Saya rasa teruja kerana pertama kali menjejakkan kaki ke sini.

“Di samping dapat melihat perbahasan di Dewan Rakyat, saya bersama ahli-ahli rombongan yang lain juga dibawa melawat ke bangunan Parlimen,” ujarnya semalam.

Bagi Irfan Haidar Mohd Farid, 16, pula pengalaman pertama kali berkunjung ke Parlimen merupakan satu penghormatan buat dirinya dan rakan-rakan.

“Saya rasa seperti diberi penghormatan kerana berpeluang mengunjungi bangunan Parlimen bersama guru dan rakan-rakan yang turut serta,” katanya yang bersekolah di Sekolah Sains Sultan Haji Ahmad Shah.

Pelajar dan guru Kelab Malaysiaku berkesempatan merakamkan gambar kenang-kenangan bersama Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.

Seramai 90 pelajar dan guru pengiring daripada lapan buah sekolah yang mewakili Kelab Malaysiaku Pekan terlibat dalam lawatan ke Parlimen yang turut mendapat tajaan daripada Ahli Parlimen Pekan Datuk Seri Sh Mohmed Puzi Sh Ali.

-ZS-

Tinggalkan komen anda