Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurPahang

HSN Daerah Lipis Disambut Meriah

By 12 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Juhaisa Azrin/Nur Bazilah

LIPIS, 12 Okt (Malaysiaaktif) – Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2024 Peringkat Daerah Lipis disambut meriah dengan kehadiran peserta seawal jam 7.00 pagi.

Datuk Seri Abdul Rahman ketika “flag off” peserta Fun Run HSN Daerah Lipis

Masih mengekalkan lokasi yang sama di Dataran Orang Kaya Haji, pelbagai aktiviti menarik telah diaturkan antaranya Fun Ride, Fun Run@Lipis City, Berjalan Ria MADANI.l, Fit Explorace, Futsal Cilik dan banyak lagi.

Timbalan Menteri Sumber Manusia merangkap Ahli Parlimen Lipis Datuk Seri Abdul Rahman Mohamad berkata beliau akan terus memberikan sokongan dalam usaha membudayakan semangat kesukanan ini.

Sebahagian peserta yang menyertai Fun Run

“Saya akan memberikan sokongan yang penuh agar bidang sukan ini lebih berjaya dan dapat mencungkil bakat dan melahirkan lebih ramai atlet dari daerah Lipis,” ujarnya.

Sambutan Hari Sukan Negara (HSN) 2024 Peringkat Daerah Lipis yang bermula 11 hingga 13 Oktober dengan tema #cergasbersama pada tahun ini serta menyasarkan penyertaan berjumlah 240,000 bagi negeri Pahang dan 12,000 bagi daerah Lipis diharapkan memberi impak positif kepada seluruh masyarakat agar sentiasa mengamalkan gaya hidup sihat dan menjadikan acara sukan sebagai medium perpaduan.

-AA-

Tinggalkan komen anda