
Laporan/foto: Muhammad Hafizul Mohd Adzhari (Alor Gajah)
MASJID TANAH, 8 Okt (MalaysiaAktif) – Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Utama Ab Rauf Yusoh telah merasmikan jalan baharu dari Solok Ayer Limau ke Simpang Kampung Jeram, semalam. Dalam majlis tersebut, Ketua Menteri Melaka turut menyaksikan penyerahan projek dari Jabatan Kerja Raya Negeri Melaka kepada Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Ketua Menteri Melaka memotong riben perasmian jalan baharu
Menurut Ketua Menteri Melaka, beliau amat berterima kasih di atas keperihatinan Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah yang telah memperuntukkan kos siling sebanyak RM39 juta termasuk kos pengambilan tanah bagi membantu Kerajaan Negeri dalam menyelesaikan pembinaan jalan raya ini.

Ucapan perasmian Ketua Menteri Melaka
“Projek yang merangkumi pembinaan jalan pintas sepanjang tiga kilometer ini bakal menghubungkan Simpang Kampung Jeram ke Solok Ayer Limau dengan mengambil tempoh kurang dari lima minit, di samping bakal memendekkan masa perjalanan dari Kampung Jeram ke Alor Gajah sebanyak 15 minit sekiranya melalui Pekan Masjid Tanah,” ujarnya.
Turut hadir dalam majlis tersebut adalah Mantan Ketua Menteri Melaka Ke-12, Datuk Seri Utama Sulaiman Md Ali, Speaker Dewan Undangan Negeri Melaka, Datuk Wira Ibrahim Durum, Setiausaha Kerajaan Negeri Melaka, Dato’ Azhar Arshad.
-AA-