Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

JKNT, Agensi Kerajaan Bekerjasama Kuatkuasakan Akta 852

By 22 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Aini Aziz/Ahmad Syafri Husnaini

KUALA TERENGGANU, 22 Okt (Malaysiaaktif) – Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) bersama kementerian, agensi dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) akan bekerjasama bagi menguatkuasakan Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 yang bertujuan mengurangkan kesan buruk merokok, khususnya kepada kanak-kanak dan remaja.

Pegawai penguat kuasa menerima kad kuasa daripada pengarah JKNT semasa Majlis Pelancaran Ops Cakna Akta 852.

Melalui Pelancaran Ops Cakna Akta 852 di sebuah pusat membeli-belah di sini kelmarin, ianya adalah langkah penguatkuasaan dan pendidikan berterusan untuk akta yang berkuat kuasa sejak 1 Oktober lalu.

Menurut Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu Kasemani Embong, akta ini melibatkan beberapa aspek yang akan dikuatkuasakan serta-merta termasuk larangan penjualan produk merokok yang menarik perhatian kanak-kanak, pengiklanan dan promosi produk merokok serta larangan penjualan di lokasi tertentu.

“Sejak 1 Oktober, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu telah melaksanakan 249 operasi, melawat 2,632 premis dan menjalankan pelbagai aktiviti pendidikan untuk meningkatkan kesedaran tentang bahaya merokok.

Kasemani bergambar bersama pegawai penguat kuasa selepas Majlis Pelancaran Ops Cakna Akta 852.

“Bilik Gerakan Operasi Cakna 852 dibuka untuk menangani pertanyaan dan aduan masyarakat,” katanya, di sini kelmarin.

Tambahnya lagi, kerjasama pelbagai agensi adalah kunci kejayaan dalam memastikan penguatkuasaan Akta 852 berkesan demi kesihatan awam dan penguatkuasaan berfasa akan bermula dari 1 Januari hingga 1 Oktober 2025.

-ZS-

Tinggalkan komen anda