
Laporan/foto: Noor Aini Hanapiah
KANGAR, 3 Okt (Malaysiaaktif) – Usaha pihak Jawatankuasa Festival Kraf Utara di bawah Kementerian Pelancongan Seni dan Budaya menerusi Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia Negeri Perlis menganjurkan Festival Kraf Utara 2024 (FKU24) yang berlangsung dari 27 September hingga 6 Oktober ini tidak melupakan masyarakat yang ingin mendapatkan barang keperluan harian pada harga berpatutan dan mampu milik.

Masyarakat berpusu-pusu sebaik sahaja Program Jualan Rahmah Khas FKU24 bermula di Perkarangan Kraftangan Cawangan Negeri Perlis, di sini semalam.
Kraftangan Malaysia turut melaksanakan Program Jualan Rahmah Khas FKU24 di Perkarangan Kraftangan Cawangan Negeri Perlis, di sini semalam dalam usaha membantu masyarakat bagi mendapatkan harga keperluan barang harian pada harga rendah bagi masyarakat sekitar Kayang untuk dapat menikmati JRB ini.
Menurut Pengarah Kraftangan Malaysia Cawangan Perlis, Mohd Shahrir Mohd Ramli, walaupun FKU24 ini bertujuan memasar produk kraftangan daripada usahawan kraf, namun dengan Jualan Rahmah Khas ini sedikit sebanyak membantu penduduk terdekat datang ke Kraftangan Malaysia Negeri Perlis bagi mendapatkan barangan keperluan dengan harga yang lebih rendah berbanding daraipada harga pasaran.

Keselesaan pelanggan diutamakan penganjur.
“Tentunya kami mengharapkan mereka adalah juga pengunjung-pengunjung datang bersama-sama memeriahkan FKU24 ini.
“Ini merupakan salah satu usaha Kraftangan Malaysia dalam bersama-sama menyediakan ruang dan mengambil peluang bagi membantu rakyat secara tidak langsung,” katanya.
-ZS-
#FKU24