Skip to main content
Berita TempatanBerita Sarawak

Karnival Sukan dan Rekreasi Pra-U SMK Taee Disambut Meriah

By 11 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Petrus Ngalih Tingi (Sarawak)

SERIAN, 11 Okt (Malaysiaaktif) – Karnival Sukan dan Rekreasi Pra-U SMK Taee berlangsung dengan jayanya pada 9 dan 10 Oktober lalu bertempat di padang dan gelanggang sukan sekolah tersebut.

Program yang diadakan khas untuk pelajar Tingkatan 6 ini bertujuan memberi peluang kepada mereka mengasah bakat dalam bidang sukan serta memupuk perpaduan dan kesihatan dalam kalangan pelajar.

Sekitar karnival sukan.

Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan(SMK) Taee Julius Mundor, berkata program tersebut sejajar dengan konsep 1 Murid 1 Sukan yang menekankan pentingnya pelajar aktif dalam bidang sukan.

“Matlamat utama karnival ini adalah untuk menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat perpaduan dan kerjasama serta membina karakter kepimpinan dalam diri pelajar,” katanya.

Sementara itu, Penyelaras Karnival Sukan dan Rekreasi Pra-U SMK Taee Anthony Ugor Nili, berharap karnival tersebut akan menjadi acara tahunan di sekolah tersebut dan yakin bahawa program ini akan terus memberi manfaat kepada pelajar dari segi kesihatan, perpaduan dan pembangunan kepimpinan.

Sekitar karnival sukan.

“Kami berharap karnival ini akan menjadi acara tahunan di sekolah dan terus memberi manfaat kepada pelajar dari segi kesihatan, semangat perpaduan dan pembangunan kepimpinan,” katanya.

-ZS-

Tinggalkan komen anda