
Laporan/foto: Mohd Zaid Awang (Gombak)
HULU KELANG, 27 Okt (Malaysiaaktif) – Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menyambut baik Kejohanan Bola Sepak 9 Sebelah (9s) dan Bola Jaring Antara Media sempena Sukan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) anjuran Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (BERNAMA).

Katanya, beliau akan meneliti beberapa aspek agar program berkenaan dapat diperkukuhkan.
“Program dilihat platform baik, perkukuh ukhwah terutama dalam kalangan para wartawan.
“Kalau boleh diusahakan lebih banyak media dapat hantar pasukan dan terlibat termasuk di setiap negeri,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyaksikan perlawanan separuh akhir bola sepak di Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch, Taman Melawati, di sini hari ini.
Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif BERNAMA Nur-ul Afida Kamaludin dan Ketua Pengarang BERNAMA Arul Rajoo Durar Raj.
Kejohanan berkenaan disertai 17 pasukan bola sepak 9s dan sembilan pasukan bola jaring.

Fahmi Fadzil bersama penonton menyaksikan perlawanan separuh akhir bola sepak 9s di Sekolah Antarabangsa Brainy Bunch, Taman Melawati.
Antara pasukan yang bertanding dalam bola sepak 9s ialah Fahmi Fadzil FC, Bernama (A, B dan C), Utusan Malaysia, Media Perak, Awani Troopers dan Kejpa FC.
Sembilan pasukan bola jaring terdiri daripada IKIM, BERNAMA Thunder, MITI, BERNAMA Bullet, FINAS, Al-Hijrah, KK/Japen, Bernama Net Force dan Karangkraf.
-ZS-