
Laporan/foto: Sarah Nur Saad/Muhamad Amirulfarhan Mohd Daud (Kinta)
IPOH, 16 Okt (Malaysiaaktif) – Sekurang-kurangnya 36 penduduk setempat terdiri daripada anak-anak yatim dan golongan memerlukan menerima sumbangan baucar RM50 sempena Program JIWA Komuniti MADANI Peringkat DUN Kepayang, di sini kelmarin.

Penyampaian baucar kepada anak yatim dan golongan memerlukan.
Ketua Komuniti Kepayang B Wong Kar Keat, menzahirkan ucapan terima kasih kepada Kawasan Rukun Tentangga (KRT) Rumah Pangsa Jalan Hospital yang telah membantu Pusat Khidmat ADUN Kepayang untuk mencadangkan nama-nama penerima tersebut.
“Kami juga amat gembira kerana pihak Jabatan Penerangan (JaPen) turut memberi ruang dan platform untuk kami mendekati penduduk khususnya di bawah DUN Kepayang.
“Kami mengalu-alukan penduduk setempat yang ingin menjadi sukarelawan kami dalam kerja-kerja bakti kepada rakyat,” ujarnya merangkap Setiausaha Politik kepada Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kepayang Nga Kor Ming.

Nurul Azirah turut mengedarkan makanan kepada khalayak.
Sementara itu, Pegawai Penerangan Daerah Kinta Nurul Azirah Mohd Yunus, menjelaskan program tersebut merupakan program terakhir JaPen bersama Komunti MADANI DUN Kepayang untuk tahun ini.
“Saya sendiri sangat berbangga kerana program-program yang telah dianjurkan ini cukup kreatif dan menarik sesuai dengan golongan masyarakat di DUN Kepayang yang mempunyai pelbagai latar belakang,” ujarnya.
-ZS-