Skip to main content
Berita TempatanBerita TimurTerengganu

Kesedaran Kesihatan Mental: LPPKN Anjur Program Terapi Minda di Terengganu

By 9 Oktober 2024Tiada komen1 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Uraidah Zetti Md Arifin (Dungun)/LPPKN 

DUNGUN, 9 Okt (Malaysiaaktif) – Program Terapi Minda Sokongan Psikososial sempena Bulan Kaunseling Kebangsaan Peringkat Negeri Terengganu 2024 telah berlangsung dengan jayanya di Bilik Syarahan Pejabat Daerah dan Tanah Dungun, menarik perhatian ramai dengan kehadiran 39 peserta dari pelbagai jabatan dan agensi, di sini kelmarin.

Para peserta tekun menyiapkan tugasan yang diberikan.

Menurut Ketua Unit Kaunseling Keluarga Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) Negeri Terengganu Nur Mahirah Mahmud, program ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dan pengetahuan peserta tentang kesihatan mental.

“Ini adalah peluang terbaik bagi LPPKN untuk menerapkan elemen terapi dan kelompok interaktif dalam membantu masyarakat, terutama golongan yang bekerja mengimbangi tanggungjawab harian mereka.

“Dengan inisiatif seperti ini, LPPKN terus berkomitmen untuk memberi sokongan kepada masyarakat dalam mencapai kesejahteraan mental yang lebih baik,” ujarnya.

Para peserta dilibatkan dengan pelbagai aktiviti berkumpulan yang direka untuk mempertingkatkan kesihatan mental mereka.

Para peserta dilibatkan dengan pelbagai aktiviti berkumpulan yang direka untuk mempertingkatkan kesihatan mental mereka.

Turut hadir Penolong Pegawai Pembangunan Masyarakat LPPKN Negeri Terengganu Juzaida Hasan bersama pegawai-pegawai dari Unit Kaunseling Keluarga LPPKN Negeri Terengganu.

-ZS-

Tinggalkan komen anda