Skip to main content
Berita TempatanBerita SelatanMelaka

Kesihatan Mental Teras Kesejahteraan Negara

By 14 Oktober 2024Tiada komen2 minit bacaan
Kongsi artikel ini di media sosial:

Laporan/foto: Khairul Annuar Zulkernain (Alor Gajah)

MASJID TANAH, 14 Okt (Malaysiaaktif) – Kesejahteraan mental memainkan peranan yang sangat penting dan menjadi teras kepada kesejahteraan negara.

Menurut Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Abdul Rauf Yusoh, kesejahteraan pembangunan minda anak-anak bermula dengan kestabilan hidup berkeluarga di rumah.

Gimik perasmian oleh Ketua Menteri Melaka.

”Masih ramai di dalam masyarakat yang tidak mengetahui mengenai kesihatan mental dan cara untuk menanganinya.

“Kita perlu membuang stigma yang mengatakan jika orang itu ada masalah mental, bermakna dia itu gila,” katanya.

Rauf, berkata demikian di Sambutan Hari Kesihatan Mental Sedunia Peringkat Negeri Melaka dan Jelajah Agenda Nasional Malaysia Sihat Peringkat Alor Gajah Tahun 2024 di Kompleks JAPERUN Tanjung Bidara, di sini semalam.

Program kelolaan Jabatan Kesihatan Negeri Melaka bertujuan memberi kesedaran kepada komuniti mengenai pentingnya kesihatan mental dalam kalangan ahli keluarga selain dapat menyertai pelbagai aktiviti yang diadakan.

Ketua Menteri Melaka bergambar bersama orang ramai.

Selain aktiviti sukan, turut diadakan pertandingan mengenai kesedaran kesihatan mental dan kaunter pameran kerjaya oleh Tentera Udara Diraja Malaysia.

Turut hadir Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Sumber Manusia dan Perpaduan Negeri Melaka Datuk Ngwe Hee Sem dan Pengarah Kesihatan Negeri Dr. Ruzita Mustaffa.

-ZS-

Tinggalkan komen anda